UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA (26 JUN 2014)
control 1control 2control 3
Khamis, 26 Jun 2014 – YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia pada jam 10 pagi tadi.
 
 
YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dilahirkan di Penang pada 17 Oktober 1964. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di peringkat diploma dan menyambung pengajian dalam bidang Bachelor of Arts di National Chengchi University, Taipei, Taiwan dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Master in Chinese Studies di Universiti Tunku Abdul Rahman.
 
YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun menandatangani watikah pelantikan 
 
YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga merupakan Naib Presiden MCA telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam.Melalui pelantikan ini, beliau berharap ia dapat dijadikan sebagai platform untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan keharmonian kaum.

Kemaskini terakhir pada: 30 Jun 2014 | Hits: 10332

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my