DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menerima mengadap YB Dato’ Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Kuala Lumpur, pada hari ini (22 Mei).
Ini merupakan kunjungan hormat pertama Dato’ Johari ke atas DYMM Sultan Johor selepas dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.
Baginda Tuanku Sultan meluangkan masa hampir sejam berbual mesra bersama Dato’ Johari sebelum berangkat pulang.
Pada pertemuan itu, Dato’ Johari turut terpegun dengan kepemimpinan Baginda yang sentiasa membantu dan amat menitikberatkan kebajikan rakyat Baginda.
sumber dan photo Sultan Ibrahim Sultan Iskandar