TAKLIMAT KHAS & SIMULASI WAKTU PERTANYAAN MENTERI (MQT)
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 19 September – Dewan Rakyat akan melaksanakan sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) bermula pada persidangan Oktober ini, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia berucap pada sesi taklimat khas dan simulasi mengenai Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) kepada Ahli Dewan Rakyat di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sesi selama 30 minit itu akan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelumnya bermulanya sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

Pelaksanaan di dewan persidangan, MQT akan bermula jam 10 pagi hingga 10.30 pagi bagi membolehkan soalan isu serius dan mutakhir dijawab oleh menteri berkaitan.

Pandikar Amin berkata masa yang diperuntukkan kepada anggota Parlimen untuk mengemukakan pertanyaan dihadkan kepada satu minit dan menteri akan menjawab dalam masa tiga minit.

Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah memberi penerangan kepada Ahli Dewan Rakyat pada sesi taklimat khas dan simulasi mengenai Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) sambil diperhatikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.

Sesi MQT akan disusuli dengan pertanyaan tambahan yang pertama yang ditetapkan dalam tempoh 30 saat dan seterusnya menteri atau timbalan menteri akan menjawab dalam tempoh masa dua minit 30 saat. Begitu juga bagi soalan tambahan kedua dan seterusnya.

Pandikar Amin berkata soalan boleh dikemukakan di pejabatnya selewat-lewatnya pada 10 pagi sehari sebelum sesi dijalankan.

Jika sesi pada Selasa soalannya mesti sampai pada Isnin jam 10 pagi dan kementerian berkaitan akan berbincang bagi menjawab soalan tersebut.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia ketika sidang akhbar selepas sesi taklimat khas dan simulasi mengenai Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) kepada Ahli Dewan Rakyat. Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II, YB Datuk Ismail Mohamed Said; Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik Jeman dan Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg.  Datuk Roosme Hamzah.

Sesi baharu yang dilaksanakan ini adalah sebahagian pelan transformasi Parlimen fasa pertama selain sesi Kamar Khas yang telah dilaksanakan bermula persidangan lepas.

MQT diluluskan sebulat suara oleh Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 April lalu.

Kemaskini terakhir pada: 22 September 2016 | Hits: 19664

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my