KUALA LUMPUR: 10 Februari 2022 (Khamis) --- Taklimat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) telah berlangsung selama dua hari bermula 9 Februari sehingga 10 Februari 2022 anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertempat di Bilik Taklimat, Blok Utama Parlimen Malaysia.
Taklimat ini disampaikan oleh dua orang panel iaitu YBrs. Puan Noraini Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Ekonomi Makro dan YBrs. Encik Ahmad Fareedzal bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Bahagian Bajet Pembangunan (BBP). Antara taklimat yang disampaikan ialah mengenai Intipati Kandungan RMKe12 dan Perancangan dan Penyediaan Program dan Projek Pembangunan dalam RMK12.
RMKe-12 adalah bertunjangkan tiga tema iaitu menjana semula ekonomi, memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti serta melonjakkan kemampanan. Empat pemangkin dasar, iaitu membangunkan bakat masa hadapan, mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi, menambah baik ketersambungan dan infrastruktur pengangkutan serta memperkukuh perkhidmatan awam akan menyokong pencapaian tema ini.
Sesi taklimat ini juga memberikan maklumat dan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai RMKe12 kepada warga Parlimen yang terlibat.
– BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1443&time=1
Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 5173