17 JUN 2022 (JUMAAT): UPACARA ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Nicole Wong Siaw Ting hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

 Wong yang merupakan lantikan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 16 Jun 2025, mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan Wong mengucapkan tahniah dan berharap Wong dapat menggalas tanggungjawab sebagai Senator seperti mana yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah.

“Kepada Yang Berhormat, diharapkan segala yang tertera dalam aturan mesyuarat dapat diterapkan dengan baik dan menjadi seorang Senator yang apabila berbahas tidak perlu membaca di tangan dengan kertas,” katanya.

Dalam pada itu, Wong yang ditemui pemberita berkata beliau berharap membawa suara anak muda ke Dewan Negara dengan harapan suara golongan muda juga dapat dibawa ke Parlimen.

“Sebelum ini di PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK (Pilihan Raya Kecil) orang muda tidak ada mesej yang betul jelas, bila kita sampaikan (mesej pada orang muda) maksudnya tak tetap (maksud mesej tidak jelas). 

“Saya rasa kita kena proaktif sikit sebagai kerajaan, bahawa kita boleh sampaikan mesej yang betul dan tepat selain dapatkan ramai lagi orang muda untuk kembangkan kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA

Kemaskini terakhir pada: 20 Jun 2022 | Hits: 1376

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.048 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my