26 JULAI 2022 (SELASA) MAJLIS PELANCARAN BUKU DINAMIKA
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: 26 Julai 2022 (Selasa) -- YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku "Dinamika Parlimen Malaysia Mendepani Covid-19" bertempat d Bilik Bankuet, Blok Utama, Bangunan Parlimen hari ini.

Penerbitan buku ini bertujuan untuk mendokumentasikan aspek pengurusan langkah-langkah kawalan pencegahan penularan Covid-19 di Parlimen Malaysia dan seterusnya merekodkan pengalaman Parlimen Malaysia mendepani cabaran Covid-19 ketika berlangsungnya Persidangan Parlimen. Buku ini juga berupaya menjadi rujukan dan panduan kepada semua pihak dalam mengurus dan menyelaras badan perundangan di setiap negeri.

Parlimen Malaysia turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik yang terlibat disepanjang pengurusan dan kawalan pencegahan penularan COVID-19 iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, turut juga menyumbang maklumat bagi tujuan penerbitan buku ini. 

Manakala, para pegawai dari Bahagian Penyelidik dan Perpustakaan, Parlimen Malaysia (BPP) merupakan editor dan penulis buku. 

Turut hadir dalam majlis berkenaan YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.   
– Bahagian Komunikasi Parlimen

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar 
https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1522&time=3


Kemaskini terakhir pada: 28 Julai 2022 | Hits: 1417

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my