AGONG RASMI PEMBUKAAN SIDANG PARLIMEN PENGGAL KELIMA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 6 Mac – Sultan Muhammad V, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 hari ini, di sini. 

Sultan Muhammad V, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini.
Turut kelihatan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 hari ini, di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 10.30 pagi di Dataran Parlimen disambut oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan isteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor serta YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti sembah 'Hormat Diraja' oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.
 
Sultan Muhammad V, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer pada pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini.

Ia diikuti dengan tembakan meriam 21 das serentak dengan lagu kebangsaan 'Negaraku' dimainkan. Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di Bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah diraja.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 April hingga 27 April.
 

Sultan Muhammad V, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan isteri YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor serta YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.dan isteri YBhg. Puan Sri Datin Seri Panglima Hadijah Abdullah Teng; YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan isteri YBhg. Datin Sri Susita Periasamy; YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang serta YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kemaskini Terakhir pada: 16 Mar 2017 | Hits: 12791

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my