UPACARA MENGANGKAT SUMPAH DUA AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3

 

Ahli-ahli Dewan Negara yang baharu dilantik merakam gambar bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad bersama ahli- ahli Dewan Negara yang lain selepas Upacara Mengangkat Sumpah di Dewan Negara
 

PARLIMEN MALAYSIA, 16 Januari – YB Senator Datuk John Ambrose dan YB Senator Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal yang pertama di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.


 

YB Senator Datuk John Ambrose mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara
 

YB Senator Datuk John Ambrose, 66 dilantik menjadi Senator Dewan Negara untuk penggal yang pertama bermula 16 Januari 2018 sehingga 16 Januari 2021.
 

Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan kegiatan sosial dan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:
 

  • Ketua UMNO Bahagian Penampang (2004-KINI)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Penampang (2001-2002)
  • Kaunselor, Majlis Daerah Penampang (2002-2008)
  • Penasihat, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (2014-KINI)



 
YB Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara
 
YB Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee, 71 dilantik menjadi Senator Dewan Negara untuk penggal yang pertama bermula 16 Januari 2018 sehingga 16 Januari 2021.
 

Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:

 

  • Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN(2013-KINI)
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerja Parti GERAKAN Negeri Johor(2001-KINI)
  • Naib Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor(1996-KINI)
  • Pengerusi Parti GERAKAN Cawangan Bandar Skudai Timor(2005-KINI)

 

 


Kemaskini terakhir pada: 17 Januari 2018 | Hits: 11093

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my