DELEGASI KEMENTERIAN BANGLADESH MELAWAT PARLIMEN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 28 Februari – Parlimen hari ini menerima lawatan Delegasi Kementerian Bangladesh seramai 25 orang termasuk pegawai pengiring dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula jam 2.30 petang.


Sebahagian Delegasi Kementerian Bangladesh mendengar taklimat mengenai Parlimen Malaysia di Bilik Taklimat.

Delegasi terdiri daripada pegawai-pegawai pentadbiran awam Bangladesh yang diketuai oleh Dr. M. Aslam Alam, Rector (Secretary) Bangladesh Civil Service Administration Academy.
 

YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan semasa menyampaikan taklimat berkenaan Parlimen Malaysia kepada Delegasi Kementerian Bangladesh.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat pembangunan dan struktur pentadbiran di Malaysia selain berkongsi pengalaman serta idea dalam bidang pentadbiran mahupun perundangan kedua-dua negara.
 

YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan menerima cenderamata daripada Dr. M. Aslam Alam selaku Ketua Delegasi Kementerian Bangladesh.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan Parlimen Malaysia oleh YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan di Bilik Taklimat Pejabat Sementara.
 

Delegasi Kementerian Bangladesh bergambar kenangan di Dewan Persidangan pada akhir lawatan.

Seusai taklimat, delegasi dibawa melawat ke Dewan Persidangan Parlimen Malaysia. Lawatan tamat sekitar jam 4.30 petang.

Kemaskini terakhir pada: 7 Mac 2017 | Hits: 15280

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my