DUA ANGGOTA MCA DILANTIK SEMULA AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 5 Julai – YB Senator Dato' Dr. Hou Kok Chung, Naib Presiden MCA dan YB Senator Dato' Chai Kim Sen, Ketua Biro Publisiti MCA hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.
 
YB Senator Dato' Chai Kim Sen bersalaman dengan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara sambil diperhatikan oleh YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Senator Dato' Dr. Hou Kok Chung.
 
Upacara mengangkat sumpah sempena pelantikan semula itu berlangsung di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.
 
Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun bermula 23 Jun lepas hingga 22 Jun 2020.
 
YB Senator Dato' Dr. Hou Kok Chung, 54, berasal dari Kluang, Johor sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara buat kali pertama pada 2014.
 
YB Senator Dato' Chai Kim Sen, 53, pula yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak berkelulusan Diploma Perniagaan dari Kolej Tunku Abdul Rahman juga merupakan Presiden Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia.
 
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran dalam ucapannya berkata, pengiktirafan lantikan semula mereka adalah mengambil kira jasa dan bakti Ahli Dewan Negara berkenaan sepanjang penggal yang lepas.
 
“Pelantikan ini akan memberi peluang Yang Berhormat untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada bangsa dan negara. Sesungguhnya lantikan semula ini bukan soal perbahasan semata-mata tetapi juga kepatuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan dan Rukun Negara,” katanya.
 
Sementara itu, YB Senator Dato' Dr. Hou Kok Chung dalam satu temubual berkata, beliau akan terus memperjuangkan isu-isu rakyat terutama berkaitan pendidikan.
 
Namun katanya, isu lain seperti ekonomi melibatkan rakyat yang disifatkan amat mencabar kini juga akan diambil perhatian.
 
Dalam pada itu, YB Senator Dato' Chai Kim Sen berazam akan terus memastikan integriti Dewan Negara bukan sebagai badan yang meluluskan undang-undang semata-mata.
 
“Malah peranannya jauh lebih bermakna sebagai platform untuk membawa pelbagai masalah dan isu-isu rakyat untuk diselesaikan,” katanya lagi.


Galeri Bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=929&cod=gallery

Kemaskini Terakhir pada: 6 Julai 2017 | Hits: 3624

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my