DUA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Ogos – YB Senator Dato' Dr. Ananthan Somasundaram, Pegawai Khas Masyarakat India kepada Menteri Besar Kedah dan YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah, bekas Ketua Umno Bahagian Jerai, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun di Dewan Negara, di sini.
 

YB Senator Dato' Dr. Ananthan Somasundaram mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

YB Senator Dato' Dr. Ananthan Somasundaram yang dilantik buat kali pertama dan YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah bagi lantikan semula mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
 
Memiliki ijazah doktor falsafah dari Universiti Sains Malaysia, YB Senator Dato' Dr. Ananthan Somasundaram dilahirkan di Kulim, Kedah, 50 tahun yang lalu.
 
Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MIC Kedah sejak 2015 dan merupakan Anggota Majlis Kerja Tertinggi MIC Kebangsaan.
 

YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
 
YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah, 59, pula dilantik sebagai Ahli Dewan Negara buat pertama kali pada 2014.
 
Sementara itu, YB Senator Dato' Dr. Ananthan Somasundaram dalam satu temubual berkata, pelantikan itu satu penghargaan kepada seluruh masyarakat India di Kedah serta menjadi penambah semangat untuknya meneruskan khidmat bakti terhadap seluruh rakyat Kedah.
 
"Saya berjanji untuk menyandang jawatan ini dengan penuh integriti dan seterusnya berkhidmat dengan penuh iltizam dan akan membawa suara rakyat dari akar umbi ke peringkat lebih tinggi," katanya.
 
Sementara itu, YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah yang juga Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), menyifatkan sumbangannya masih diperlukan melalui lantikan semula tersebut.
 
"Saya akan meneruskan perjuangan sebelum ini dalam membanteras najis dadah yang sentiasa membelenggu masyarakat kita terutamanya golongan muda,” katanya.


Galeri Bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=974&cod=gallery

Kemaskini Terakhir pada: 17 Ogos 2017 | Hits: 2722

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my