HUTAN KITA @ PARLIMEN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 29 Ogos – ‘Hutan Kita’ ialah program penanaman semula hutan bagi menggalakkan masyarakat menanam pokok-pokok hutan dan mewujudkan kawasan hijau yang amat diperlukan di kawasan bandar. 


Mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, YABhg. Tun Jeanne Abdullah menanam Pokok Pelawan pada program Hutan Kita @ Parlimen. Turut kelihatan, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik Jeman dan Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah.

‘Hutan Kita’ merupakan ilham Mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, YABhg. Tun Jeanne Abdullah dengan harapan mengukuhkan semangat kekitaan terhadap alam semula jadi. 

Program ‘Hutan Kita’ bermula pada 15 Februari 2009 di Hutan Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan kini telah berkembang merangkumi sekolah, hospital, kawasan universiti, taman-taman serta hutan paya bakau.


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad turut sama membantu YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg. Tun Jeanne Abdullah menanam Pokok Pelawan pada program Hutan Kita @ Parlimen.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59, program menanam pokok ‘Hutan Kita @ Parlimen’ telah diadakan dan disempurnakan oleh YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg. Tun Jeanne Abdullah pada hari ini di Parlimen Malaysia. 

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad; Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik Jeman; Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah; Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman dan Ketua Jurutera, Ir. Ibtisham Lebai Saleh.


Pokok yang ditanam adalah dari jenis Pelawan atau nama saintifiknya ‘Tristaniopsis Obovata’. Ciri-ciri fizikal pokok ini adalah daunnya berurat jejala, bunganya berwarna kuning dan kecil serta batang berwarna jingga. Akar pokok ini mampu menahan tebing daripada tanah runtuh. Pokok ini juga banyak terdapat di hutan Malaysia serta di hutan negara-negara ASEAN yang lain.


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad menyampaikan cenderamata berupa Pokok Orkid kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah pada program Hutan Kita @ Parlimen.

Program yang bermula jam 10 pagi berakhir sekitar 1 jam kemudian.

Kemaskini terakhir pada: 1 September 2016 | Hits: 12490

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my