ISTIADAT KEBERANGKATAN TIBA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 13 Disember – Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan hari ini berkenan berangkat ke Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15.


Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan disambut oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Dataran Parlimen.

Sultan Muhammad V, 47, tiba di Dataran Parlimen pada jam 11 pagi sambil disambut dengan tiupan nafiri oleh 14 anggota dari Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat.

YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri serta YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyambut keberangkatan tiba baginda.


Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan berkenan memberi tabik hormat pada Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Dataran Parlimen.

Baginda kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik 'Hormat Diraja' oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, yang disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.


Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Dataran Parlimen.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan disusuli persembahan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku untuk kali kedua.
 
Baginda kemudian berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) sempena istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Kemaskini terakhir pada: 4 Januari 2017 | Hits: 22495

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my