Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan
control 1control 2control 3

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan empat orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap penggal Parlimen.

Apa-apa perkara yang menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis akan diserahkan kepada Jawatankuasa ini yang dipertanggungjawabkan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis.

Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia boleh diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.

Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari semasa ke semasa.
 

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara Majlis Parlimen Kelima Belas adalah terdiri daripada:
 
1) Kosong
  Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi)
2) YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker
3) YB Senator Datuk Razali bin Idris
4) YB Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin
5) YB Senator Tuan Amir bin Md Ghazali
 

Kemaskini terakhir pada: 29 Januari 2024 | Hits: 36066

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my