Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
control 1control 2control 3

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua jika berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, perkara tersebut bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.

Jawatankuasa ini boleh memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat serta boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen Keempat Belas

Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 80(1)

  Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua  

Ahli
1 Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Alamin
Ahli Parlimen Kimanis 
 
2 Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh
Ahli Parlimen Sabak Bernam
 
3 Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong
Ahli Parlimen Hulu Rajang
 
4 Yang Berhormat Dr. Haji Nik Muhamad Zawawi bin Haji Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh
 
5 Yang Berhormat Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Haji Mohd Akin 
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
 
6 Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ahli Parlimen Bukit Gelugor
 

 


Kemaskini terakhir pada: 18 Oktober 2021 | Hits: 39412

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/10/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.023 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my