![](/images/webuser/bkk/26jan2021%20berita%20terkini.jpeg)
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT OLEH KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
PARLIMEN MALAYSIA: 21 JANUARI 2021 – Kunjungan hormat oleh YBrs. Puan Nor Yahati binti Awang, Ketua Pentadbir Parlimen ke atas YB Dato Azhar Azizan Harun, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat telah diadakan pada jam 11:00 pagi di pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan seterusnya, YBrs. Puan Nor Yahati binti Awang turut mengadakan Kunjungan hormat ke atas YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat di pejabat beliau. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan sesi pengenalan dan untuk beramah mesra – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar
https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1228&time=1