KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT OLEH DELEGASI PERANCIS
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 9 Mei 2022 (Isnin) -- YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Mathieu Darnaud, Ketua Kumpulan Persahabatan Antara Parlimen Perancis – Asia Tenggara bersama Yang Berhormat Ahli Kumpulan Persahabatan Antara Parlimen Perancis – Asia Tenggara serta Yang Berhormat, Roland Galharague, Duta Perancis ke Malaysia bersama 5 orang delegasi di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.


Sesi Kunjungan Hormat ini diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBrs. Tuan Mohd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara, YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat, dan dua orang Ahli Dewan Negara iaitu YB. Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dan YB. Senator Datuk Bobbey Ahfang Suan.


Objektif pertemuan ini adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dengan Perancis khususnya pada era fasa peralihan endemik COVID-19. YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara mengambil kesempatan ini memberi penghargaan kepada Perancis sebagai negara pertama yang mengiktiraf pantun melayu oleh sasterawannya iaitu Victor Hugo.


Secara amnya pelbagai aspek perbincangan telah disentuh antaranya ialah bidang perundangan, keadilan, aktiviti, hak asasi serta demokrasi untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Kedua pihak turut membincangkan untuk bekerjasama bagi pembentukan sebuah Jawatankuasa Hak Asasi bagi menjamin kesejahteraan rakyat.


Perbincangan juga turut menekankan kerjasama mengenai pasaran minyak sawit Malaysia ke Perancis untuk kepentingan bersama kedua negara. Seterusnya, kedua pihak telah mencapai persefahaman untuk skim pertukaran kepakaran pegawai antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Perancis.


Acara berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati dan bergambar sebagai kenangan.

Pihak Delegasi Perancis menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

SILA KLIK LINK TERSEBUT UNTUK KOLEKSI GAMBAR  https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1486&time=2


Kemaskini terakhir pada: 10 Mei 2022 | Hits: 258

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/05/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my