Yang di-Pertua Senat (Oliy Majlis) Uzbekistan, PYT Tanzila Narbaeva telah menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di Tashkent, Uzbekistan.
Kedua - dua pihak bertukar pandangan mengenai perkembangan hubungan dua hala di antara Uzbekistan dan Malaysia dalam bidang politik, pelaburan, perdagangan, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.
Penekanan khas diberikan kepada kerjasama di antara institusi parlimen kedua-dua negara. Persetujuan telah dicapai mengenai pembangunan kerjasama demi pengukuhan ‘friendship groups’ antara Dewan Negara Malaysia dan Senat Uzbekistan yang akan menyerlahkan langkah - langkah khusus dalam bidang perundangan, amalan berparlimen dan interaksi antara jawantankuasa.
Sumber & Kredit foto: https://www.facebook.com/share/p/35Zv5dzNcXosCANV/?mibextid=oFDknk
Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Parlimen Malaysia