Kunjungan hormat YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadilah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), di Menara PETRA, Putrajaya hari ini.
Turut diadakan sesi taklimat berkaitan isu-isu semasa berhubung dasar dan pengurusan sumber air oleh Bahagian Sumber Air, PETRA kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
30 Mei 2024
Kredit foto: Arjunna