KUNJUNGAN HORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KEPADA AUSTRALIAN PRESIDENT OF THE SENATE
Saya bertemu Senator Hon. Sue Lines, Australian President of the Senate untuk mesyuarat bilateral sejurus selepas upacara perasmian 66th Commonwealth Parliamentary Conference di Accra, Ghana semalam. Semasa mesyuarat bilateral ini kami berbincang isu semasa dan berbincang tentang lawatan kerja oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ke Parlimen Australia pada minggu ke-3 Oktober yang akan datang.
Antara tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk mempelajari tentang Australian’s Committee System, proses Parlimen di dalam mengekalkan akauntabiliti Kabinet, memantau keputusan pihak Eksekutif dan undang-undang Parlimen berkaitan, peraturan Dewan dan juga kod etika ahli Parlimen semasa bersidang.
Ini adalah kali pertama saya bertemu Senator Hon. Sue Lines, Australian President of the Senate sejak pelantikan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 19 Jun 2023 dan turut dihadiri oleh YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara Kementerian Perpaduan Negara, YB Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli , YB Senator Isaiah Jacob dan YB Datuk Seri Dato' Dr. Noraini Ahmad. Parlimen Malaysia
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara
Parlimen Malaysia
Kemaskini terakhir pada: 10 Oktober 2023 | Hits: 1561