Kunjungan hormat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’(Dr.) Johari bin Abdul kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara,Brunei Darussalam di kediaman rasmi beliau.
Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada program delegasi Parlimen Malaysia ke Brunei Darussalam sempena penyertaan Malaysia ke “Tripartite Forum, Building A Vibrant Digital Economy in ASEAN: Strategies for Cyber Resilience and Shared Prosperity” yang berlangsung pada 10 Jun 2024.
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia