PARLIMEN MALAYSIA: 24 Februari 2021 (Rabu) – Unit Latihan dan Kompetensi, Parlimen Malaysia telah mengadakan Kursus Orientasi Pegawai Lantikan Baharu Seksyen Jawatankuasa yang melibatkan 13 orang pegawai baharu pilihan Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat yang berlangsung di Bilik Auditorium, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran.
Kursus ini dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Parlimen Malaysia oleh pegawai di setiap bahagian yang terlibat dan seterusnya disusuli dengan sesi soal jawab.
Pada sesi sebelah petang pula, para pegawai lantikan baharu dibawa untuk sesi lawatan ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Bahagian Komunikasi Korporat bagi mengetahui keadaan tempat ahli parlimen bersidang dan majlis bersurai. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1231&time=2
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2776