24 MAC 2022 (KHAMIS); LAWATAN KERJA TUAN YANG TERUTAMA PARK BYEONG-SEUG, SPEAKER OF THE NATIONAL ASSEMBLY OF THE REPUBLIC OF KOREA DAN DELEGASI KE PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 24 Mac 2022 (Khamis) – Tuan Yang Terutama (TYT) Park Byeong-Seug, Speaker of the National Assembly of The Republic of Korea bersama delegasi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia hari ini.

Ketibaan TYT Park bersama delegasi telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi Parlimen dan diberi taklimat ringkas serta dibawa menyaksikan persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Delegasi ini telah tiba pada semalam (23 Mac 2022) dan telah disambut oleh YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama Pegawai Kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai tetamu kerajaan.

TYT Park dan rombongan akan berada di Malaysia selama tiga hari untuk lawatan rasmi bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Parlimen antara kedua-dua buah negara.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara di pejabatnya. Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini adalah mengenai Syarikat Elektrik Korea yang menggunakan Copper Foil EV, produk yang diimport dari Sabah. Yang di-Pertua Dewan Negara turut menyatakan kesediaan beliau untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat bersama National Assembly of The Republic of Korea.

Seterusnya, TYT Park menghadiri Mesyuarat Dua Hala bersama YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Dr. Hassan bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin dan YB Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Parlimen Lanang.

Dalam mesyuarat tersebut, TYT Park turut memberi pandangan untuk membuka pejabat konsulat di Kota Kinabalu, Sabah dan kemudiannya mereka bertukar-tukar pandangan mengenai tatacara dan prosedur parlimen.

Lawatan kerja ini diakhiri dengan sesi makan tengah hari bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, sesi bergambar serta menandatangani buku lawatan.

Pihak Delegasi Korea menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian menerima lawatan kerja ini. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

 

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1459&time=1


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 3474

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my