MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA :16 Disember 2020 (Rabu) - YB Senator Dato' Seri Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan YBhg Dato Seri Haji Abdul Halim bin Abd Samad yang telah tamat tempoh pada 2 November yang lalu.

Beliau merupakan Ahli Dewan Negara yang dilantik pada 20 Mei 2020 yang lalu dan juga merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Melaka Berhad pada tahun 2017 sehingga 2018.

Selain itu, turut berlangsung majlis angkat sumpah 3 orang ahli Dewan Negara sebagai Senator iaitu YB Senator Tuan Guan Dee Bin Koh Hoi, YB Senator Tuan Dr Nuing Jeluing serta YB Senator Datuk Paul Igai. 2 orang daripada mereka merupakan Lantikan semula dan seorang merupakan Lantikan baharu. — BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 18 Disember 2020 | Hits: 5034

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/09/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my