KUALA LUMPUR, 25 April 2022 (Isnin) : Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Mereka ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Datuk A. Kesavadas Nair.
Mohamad Fatmi adalah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai hari ini hingga 24 April 2025 manakala Kesavadas Nair adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi tempoh sama.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim Ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai Senator sebaiknya termasuk dalam usaha mentransformasi Parlimen. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA
Sila klil link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1481&time=2
Kemaskini terakhir pada: 25 April 2022 | Hits: 310