MAJLIS ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEEMPAT MAJLIS PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA: 30 Ogos 2020 (ISNIN) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen pagi ini bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Serentak dengan ketibaan Al-Sultan Abdullah, lagu 'Negaraku' dimainkan sebelum Seri Paduka berangkat ke Bilik Rehat Diraja. Seri Paduka kemudian akan menyampaikan Titah Diraja.

Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Okt manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Okt depan.

Persidangan kali ini dijangka akan menumpukan kepada isu pemulihan negara susulan pandemik COVID-19 dan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) selain usaha transformasi Parlimen.

Persidangan Parlimen ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19 yang turut menyaksikan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen bertemu pada sidang khas Dewan Rakyat, mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan pada 26 Julai lepas.

Namun, sidang khas yang sepatutnya berlangsung selama lima hari itu ditangguhkan selepas empat hari bersidang susulan perkembangan kes positif COVID-19 berlaku di Parlimen. – SUMBER, AWANI.

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1374&time=2


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 3785

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 03/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.054 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my