26 MEI 2022 (KHAMIS); MAJLIS PERUTUSAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KEPADA WARGA PARLIMEN DAN PERHIMPUNAN DWIBULANAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3

Kuala Lumpur, 26 Mei 2022 (Khamis) - Majlis Perutusan Yang di-Pertua Dewan Negara & Perhimpunan Dwibulanan Parlimen Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama Parlimen Malaysia.

Majlis dimulakan dengan perutusan oleh YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara. Majlis Perutusan  dan  Perhimpunan Dwibulanan  merupakan anjuran bersama  Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara serta Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.


Majlis turut dihadiri oleh YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta tetamu jemputan lain terdiri daripada, YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato' Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta seluruh Warga Parlimen.


Pada majlis ini juga, YB Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara telah menyampaikan hadiah bagi pertandingan Gerai Terbaik yang dijuarai oleh Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan dan Lanskap dan ditempat kedua dimenangi oleh Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan.


Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dari Kumpulan Suri Tari dan Kugiran "S.O.P" Band (Sekumpulan Orang Parlimen) Parlimen Malaysia. – BAHAGIAN KOMUNIKASI, PARLIMEN MALAYSIA

SILA KLIK LINK TERSEBUT UNTUK PAUTAN GAMBAR https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1500&time=3


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1804

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my