MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446 / 2024 PADA 12 RABIULAWAL 1446H BERSAMAAN 16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
control 1control 2control 3
Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Sambutan Maulidul Rasul yang penuh dengan penghayatan dan keberkatan di Putrajaya pagi tadi.

Sambutan ini mengingatkan kita akan perjuangan Rasulullah SAW dalam membawa risalah Islam serta sunnahnya yang menjadi panduan hidup umat manusia. Semoga semangat sunnah Baginda terus terpahat dalam hati dan jiwa kita, menginspirasi setiap langkah dalam kehidupan seharian.

Melalui sunnah Rasulullah SAW, kita belajar erti kesabaran, kasih sayang, keadilan, dan keperibadian mulia yang menjadi asas dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan penuh kasih sayang. Saya berpesan kepada diri saya dan semua agar kita sama-sama berusaha mencontohi Baginda dalam semua aspek kehidupan agar kita menjadi umat yang bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi juga di akhirat.

Moga sambutan Maulidul Rasul ini mengukuhkan lagi cinta kita kepada Rasulullah SAW dan memperkuatkan ikatan silaturahim sesama umat. Semoga kita terus berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik, berpegang teguh kepada ajaran Islam dan sunnah yang dibawa oleh Baginda.

Kredit foto: Ahmad Afifi

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2024 | Hits: 992

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my