BAHAGIAN KESELAMATAN
control 1control 2control 3

SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN KESELAMATAN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 
 
 
         FUNGSI BAHAGIAN
  • Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan perlindungan kepada semua unit di bawah Parlimen.
  • Menyelaras dan memastikan kawalan keselamatan dan memantau sistem keselamatan fizikal dan dokumen di bangunan Parlimen berjalan dengan baik dengan kerjasama pihak PDRM. 
  • Membuat naziran dan membuat pemeriksaan mengejut serta mengemukakan syor-syor bagi mengatasi kelemahan-kelemahan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.
  • Mengurus dan memproses permohonan / pengeluaran pas keselamatan (tetap, sementara, pelawat dan sebagainya).
  • Menguatkuasakan peraturan dan langkah-langkah keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi sepertimana ditetapkan dibawah arahan keselamatan.
  • Menjadi urusetia jawatankuasa keselamatan ke atas semua persidangan yang dianjurkan oleh Parlimen.
  • Menguatkuasakan segala peraturan dan langkah keselamatan fizikal selaras dengan kehendak Kawasan larangan tempat larangan 1959 dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan.
  • Memastikan segala pergerakan akses ke dalam Parlimen dibuat mengikut dibuat mengikut peraturan dan berjalan dengan lancar.
  • Mengkaji praturan sedia ada di Parlimen. Merancang dan mengaturkan peraturan baru jika perlu dengan persetujuan Parlimen. 
  • Melaksanakan tugas-tugas kawalan perjalanan Dewan  mengikut peraturan Arahan Keselamatan  dan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan gangguan terhadap Ahli Dewan dan Parlimen.
  • Mengendali dan memantau tugas kawalan keselamatan sistem keselamatan elektronik agar menepati dan dapat menjamin keselamatan Parlimen.
  • Mengurus dan menjadi urusetia proses tapisan keselamatan untuk semua pegawai/kakitangan, pelawat/kotraktor yang berurusan di Parlimen untuk dikemukakan kepada Pejabat KPKKM selaku kuasa pusat.

Kemaskini Terakhir pada: 10 Disember 2019 | Hits: 12519

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 29/05/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my