Kembali Ke Senarai | KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMKe-11)
📆 18 Oktober 2018 (Khamis) ⌚ 4.00 petang 📍 Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11), 2016-2020 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof.
Secara umumnya, RMKe-11 merupakan fasa terakhir ke arah mencapai negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020. Tema untuk RMKe-11 adalah ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ dimana ianya memberi tumpuan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
KSP RMKe-11 ini melaporkan prestasi yang telah dicapai dalam tempoh 2016-2017 dan menggariskan dasar serta strategi sosioekonomi yang dijajar semula untuk tempoh 2018-2020 dengan mengambil kira keutamaan kerajaan baharu berikutan Pilihanraya Umum ke-14.