PARLIMEN TERIMA PROJEK KAMERA ROBOTIK DARIPADA RTM
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 11 Julai – Majlis Penyerahan Projek “Digital High-Definition (HD) TV Facilities” (Kamera Robotik Parlimen Malaysia) oleh pihak Radio Televisyen Malaysia kepada pihak Parlimen Malaysia telah diadakan pada hari ini di Marquee Tent, Blok Dewan Sementara, di sini.

YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Magli Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) RTM meninjau kamera robotik yang dipasang di dalam Dewan Rakyat semasa Majlis Penyerahan Projek "Digital High-Definition (HD) TV Facilities" (Kamera Robotik Parlimen Malaysia). Turut sama, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
 
YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia hadir mewakili pihak Parlimen Malaysia manakala pihak Radio Televisyen Malaysia diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Magli Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran). Turut hadir, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBrs. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.

Projek Kamera Robotik Parlimen Malaysia telah siap dibangunkan pada 31 Mei 2017 yang lalu dan akan memulakan operasi bermula 24 Julai 2017 pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13. Selepas ini, kamera-kamera yang digunakan bagi tujuan rakaman dan siaran langsung akan dikawal dari studio menggunakan teknologi robotik.

Projek ini adalah salah satu projek yang dilaksanakan menggunakan strategi ‘Lautan Biru’ (Blue Ocean Strategy) kerana dilaksanakan secara kerjasama di antara RTM, JKR dan juga Parlimen Malaysia bersekali dengan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 2B di mana kemudahan Sistem Penyiaran Persidangan di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinaik taraf kepada format digital High-Definition (HD) bagi menghasilkan gambar beresolusi tinggi dan jelas.

Penggunaan teknologi penyiaran canggih ini selaras dengan perubahan teknologi penyiaran semasa dari sistem analog kepada digital dan hasrat kerajaan menjurus kepada siaran TV Digital selain menyerlahkan lagi imej Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan tertinggi di Malaysia.


Galeri Bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=933&cod=gallery

Kemaskini terakhir pada: 11 Julai 2017 | Hits: 8049

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my