PERHIMPUNAN AGUNG ASEAN INTER-PARLIAMENTARY ASSEMBLY (AIPA)
control 1control 2control 3

 

PARLIMEN MALAYSIA : 23 OGOS 2021 (Isnin)Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Parlimen Assembly) ke 42 yang bertemakan Forging Parliamentary Cooperation in Digital Inclusion Towards ASEAN Community 2025 telah bermula dari 23 hingga 25 Ogos 2021 dengan Brunei Darussalam selaku tuan rumah secara maya. Perhimpunan ini disertai oleh 9 buah negara anggota AIPA dan 11 buat negara pemerhati termasuk Australia, Belarus, Canada, Republik Rakyat China, India, Republik Korea, European Parliament, Norway, Morocco, Russia dan Timor Leste.

YB Datuk Azhar Azizan Harun Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengetuai delegasi Parlimen Malaysia bersama 15 orang Ahli Parlimen serta pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia. Sebagai sebuah negara anggota AIPA, Parlimen Malaysia telah menaja 4 deraf resolusi yang merangkumi isu Keselamatan Siber, Pilihanraya, Ekonomi dan SDG. Deraf-deraf resolusi ini dibentangkan dan dibahaskan oleh wakil daripada semua negara anggota AIPA untuk mendapatkan persetujuan secara konsensus. Setiap negara anggota AIPA digalakkan untuk menggunakan deraf-deraf resolusi yang telah dipersetujui sebagai panduan dalam menggubal undang-undang di negara masing-masing.

AIPA yang ditubuhkan pada 1977 merupakan pertubuhan badan legislatif (perundangan) di peringkat ASEAN. AIPA berperanan sebagai platform kepada ahli-ahli parlimen di negara ASEAN untuk membahaskan isu-isu berkenaan dengan politik, keselamatan, ekonomi, sosial dan kerjasama serantau. Perhimpunan Agung AIPA adalah acara kemuncak yang diadakan pada setiap tahun dengan giliran penganjuran berdasarkan susunan alphabetical. - BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA


Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1369&time=2


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 1989

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my