PERHIMPUNAN DWI BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 28 Oktober – Bahagian Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan hari ini menganjurkan Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan Parlimen Malaysia bagi Bulan September dan Oktober 2016 bertempat di Bilik Taklimat, Blok Sementara, di sini bermula jam 9 pagi.


YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara semasa menyampaikan amanat beliau kepada warga Parlimen pada Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan Parlimen Malaysia bagi Bulan September dan Oktober 2016.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara; YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
 
Agenda majlis dimulakan dengan paparan berita terkini dan laporan pentadbiran Parlimen Malaysia sepanjang bulan September dan Oktober. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh pegawai bersara, Encik Nasserudin Nadzri, Pembantu Setiausaha Pejabat dari Bahagian Pengurusan.
 

Pegawai bersara, Encik Nasserudin Nadzri diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan Parlimen Malaysia bagi Bulan September dan Oktober 2016.

Seterusnya, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dijemput untuk menyampaikan amanat beliau kepada warga Parlimen. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Kit Parlimen kepada pegawai baru Parlimen Malaysia dan penyampaian sijil serta saguhati kepada pegawai yang bersara.
 
Kemuncak majlis ialah Pelancaran Logo dan Nama Singkatan Baharu untuk Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen iaitu KESPA. Nama dan logo berkenaan dipilih melalui pertandingan mencipta logo dan nama singkatan kelab yang diadakan pada bulan Jun lepas. Acara penyampaian cenderamata kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

Logo dan Nama Singkatan Baharu Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia iaitu KESPA dilancarkan secara rasmi pada Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan Parlimen Malaysia bagi Bulan September dan Oktober 2016.
 
Majlis perhimpunan dwi bulanan ini diakhiri dengan persembahan dari Biro Kebudayaan KESPA dan tamat kira-kira jam 10.45 pagi.

Kemaskini Terakhir pada: 31 Oktober 2016 | Hits: 11433

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.043 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my