PERSIDANGAN DEWAN NEGARA 2016 DITANGGUHKAN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 21 Disember – Persidangan Dewan Negara yang berlangsung sejak 5 Disember lepas, melabuhkan tirai hari ini dengan meluluskan dua lagi rang undang-undang berkaitan masa depan penerbangan awam negara.
 

YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara bergambar kenangan bersama Ahli-ahli Dewan Negara serta kakitangan Parlimen selepas persidangan Dewan Negara 2016 ditangguhkan.

Dua rang undang-undang (RUU) itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Penerbangan Awam (Pindaan) 2016 diluluskan selepas mendapat persetujuan Ahli-ahli Dewan Negara kira-kira jam 6 petang.

Ia sebelum itu dibentangkan oleh YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara, yang kemudiannya diluluskan.

YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran sebelum menangguhkan persidangan, turut merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang menunjukkan sikap kepimpinan dan teladan yang baik sepanjang tempoh persidangan itu berlangsung.

"Dewan ini merupakan badan perundangan tertinggi. Tiada undang-undang boleh diluluskan tanpa persetujuan Dewan Negara. Saya amat berpuas hati dengan persidangan kali ini," katanya yang menangguhkan persidangan itu kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Persidangan akan datang dijangka berlangsung di bangunan Parlimen asal.

 

YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama kakitangan Parlimen selepas persidangan Dewan Negara 2016 ditangguhkan.

Sementara itu, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas sepanjang tahun ini, meluluskan 29 Rang Undang-Undang.

Ujar beliau, Dewan Negara bersidang 27 hari bagi tahun ini, manakala Dewan Rakyat selama 53 hari dan sepanjang tempoh persidangan, anggota-anggota dewan mengambil bahagian begitu aktif dalam semua sesi perbahasan.

"Sebanyak 3,897 pertanyaan lisan dan 1,622 pertanyaan bukan lisan dikemukakan di Dewan Rakyat bagi persidangan pada tahun ini. Bagi tempoh yang sama, Dewan Negara menerima 2,404 pertanyaan lisan dan 300 pertanyaan bukan lisan," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota Parlimen yang mengambil bahagian dalam sesi Parlimen kali ini, termasuk mereka yang bertugas bagi melicinkan perjalanan persidangan berkenaan.

"Diharapkan anggota-anggota Parlimen terus menjaga prestij Dewan yang mulia ini dengan tidak menyalahgunakan kekebalan serta menampilkan perbahasan yang berkualiti khususnya melibatkan rakyat keseluruhannya," kata beliau lagi.

Kemaskini terakhir pada: 4 Januari 2017 | Hits: 21645

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my