YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah mengadakan pertemuan bersama TYT Anvar Anarbaev, Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia pada 25 April 2024 di Kedutaan Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia.
Pertemuan tersebut telah membincangkan soal hubungan dua hala Malaysia-Kyrgyzstan serta komitmen untuk meningkatkan peluang kerjasama di antara cabang legislatif kedua-dua negara, khususnya inisiatif-inisiatif dibawah Parliamentary Diplomacy.
Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Parlimen Malaysia
Kemaskini terakhir pada: 29 April 2024 | Hits: 1757