PRESIDEN PERANCIS DIBERI SAMBUTAN NEGARA
control 1control 2control 3

PARLIMEN MALAYSIA, 28 Mac - TYT Francois Hollande, Presiden Perancis yang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.



Sultan Muhammad V, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong bersama TYT Francois Hollande, Presiden Perancis pada sambutan negara di Dataran Parlimen. Turut hadir YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri.
 

Sultan Muhammad V, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong menyambut ketibaan TYT Francois Hollande di dataran itu pada 9.30 pagi.
 

Turut hadir YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri; YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet.
 

Upacara sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Perancis dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
 


TYT Francois Hollande, Presiden Perancis memeriksa kawalan kehormat pada sambutan negara di Dataran Parlimen sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia.
 

Presiden Perancis kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Muhammad Eqram Muhammad Rosly.
 

Lawatan rasmi yang bermula malam tadi merupakan sebahagian daripada lawatan pertama Hollande ke ASEAN, termasuk lawatannya ke Singapura dan Indonesia.
 

Ia merupakan lawatan peringkat presiden yang kedua dari Paris ke Kuala Lumpur selepas lawatan Presiden TYT Jacques Chirac pada Julai 2003.
 

Lawatan ini amat tepat pada masanya kerana ia juga bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis.


Kemaskini Terakhir pada: 21 April 2017 | Hits: 8024

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my