PROGRAM MYCATALYZ YOUTH SUMMIT 2023 “EMPOWERING VOICES”
YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyampaikan ucapan perasmian penutup dalam Program Mycatalyz Youth Summit 2023 “Empowering Voices” yang telah berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia hari ini.
Program ini merupakan kerjasama antara Parlimen Malaysia dengan MyCatalyz selaras dengan memberdayakan belia serta sebagai platform bagi golangan belia mengetahui tentang nilai demokrasi dalam pembinaan negara.
Terdapat dua forum yang telah dibincangkan iaitu:
1. Ekonomi & Perkerjaan
2. Media Sosial & Advokasi Digital
Peserta program turut diberikan taklimat ketika sesi lawatan berpandu ke Dewan Rakyat, Dewan Negara serta sekitar Blok Utama oleh Pegawai Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
7 Oktober 2023
Kemaskini terakhir pada: 10 Oktober 2023 | Hits: 1949