Program Sembang Santai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Belia MADANI: Maju, Terampil dan Terangkum diadakan dengan kerjasama Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) dan UNICEF Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Komanwel 2023.
Seramai 21 peserta UNICEF’s Young Leader Program telah hadir ke Parlimen Malaysia pada hari ini dan telah berpeluang untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman dengan YB Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Dalam sesi perkongsian tersebut, YB Dato’ Johari Abdul menyeru agar para belia agar memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan serta meningkatkan semangat jati diri dalam melonjakkan momentum pembangunan negara bangsa dan jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, bermaruah dan yang dicintai oleh seluruh rakyatnya.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
16 Mac 2023
Kemaskini terakhir pada: 17 Mac 2023 | Hits: 1850