RAHIMAH ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA BAGI PENGGAL KEDUA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 17 April – YB Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua bagi tempoh tiga tahun.

 


YB Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

YB Senator Datin Hajah Rahimah, 64, mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.
 

Dalam ucapan aluannya, Yang di-Pertua Dewan Negara berharap pelantikan bagi penggal kedua itu memberi peluang kepada YB Senator Datin Hajah Rahimah untuk melibatkan diri secara aktif dalam perbahasan Dewan Negara.

 


YB Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad menandatangani sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

"Pelantikan semula Senator Rahimah sebagai ahli Dewan Negara adalah satu pengiktirafan daripada kerajaan bagi menghargai khidmat bakti serta sumbangan pada penggal lalu, dan saya mengharapkan ia diteruskan dan diterjemahkan melalui penglibatan dalam perbahasan Rang Undang-Undang dalam Dewan Negara ini," katanya.
 

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negara bermula hari ini dan akan berakhir pada 27 April.


Kemaskini Terakhir pada: 21 April 2017 | Hits: 8229

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.039 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my