RAJA BAHRAIN DIBERI SAMBUTAN NEGARA
control 1control 2control 3

PARLIMEN MALAYSIA, 1 Mei – Raja Hamad Isa Al Khalifa, Raja Bahrain yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia bermula semalam hingga 3 Mei, diberi sambutan negara di Dewan Bankuet di sini, hari ini.

 


Sultan Muhammad V, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Hamad Isa Al Khalifa, Raja Bahrain pada sambutan negara di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Turut hadir YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri.


Sultan Muhammad V, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong menyambut ketibaan Raja Hamad Isa Al Khalifa yang mengadakan lawatan negara pertamanya ke Malaysia sejak baginda menaiki takhta pada 6 Mac 1999.

 

Hadir sama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri serta Menteri-menteri Kabinet.

 

Upacara sambutan dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

 

Raja Hamad Isa Al Khalifa kemudian menerima tabik hormat daripada empat pegawai dan 33 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Azlan Shah Baharom.

 

Lawatan tersebut adalah atas undangan Sultan Muhammad V dan yang pertama dilakukan ketua negara itu sejak kedua-dua negara mengadakan hubungan diplomatik pada 1974.

 

Lawatan itu merupakan sebahagian siri lawatan baginda ke negara di rantau Asia Tenggara dan baginda dijangka ke Brunei Darusalam selepas Malaysia.


Kemaskini terakhir pada: 2 Mei 2017 | Hits: 11484

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my