KUALA LUMPUR, 3 Disember - YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menerima Sijil Penghargaan dari Kraftangan Malaysia atas sokongan kepada Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ serta industri kraf negara.
Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sambutan Hari Batik Malaysia 2022 yang telah berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Selaras dengan pemakaian batik kepada Ahli Parlimen yang hadir ke sesi persidangan pada setiap hari Khamis telah dilaksanakan pada 28 Oktober 2021.
Satu ruang pameran turut dibuka di aras 1 Bangunan Blok Utama, Parlimen Malaysia semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat lalu.
SELAMAT HARI BATIK MALAYSIA!
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
Kemaskini terakhir pada: 6 Disember 2022 | Hits: 2269