SAMBUTAN HARI KOMANWEL 2023 – PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Komanwel 2023 anjuran Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Terlebih dahulu, majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong) merangkap Setiausaha Kehormat CPA Malaysia. Bertemakan “Forging a Sustainable and Peaceful Common Future” yang menekankan keperluan mendesak untuk berkerjasama antarabangsa serta pertumbuhan mampan bagi menangani cabaran pasca pandemik.

Secara umumnya, sambutan ini akan diraikan setiap hari isnin minggu kedua bulan mac pada setiap tahun. CPA merupakan persatuan yang menghubungkan ahli-ahli Parlimen negara Komanwel merentasi kaum, pengalaman politik, jantina dan kumpulan khusus dari latar belakang yang berbeza.

Parlimen Malaysia turut telah mengadakan Program Sembang Santai Yang di-Pertua Dewan Rakyat merupakan kerjasama antara CPA Malaysia dan UNICEF Malaysia bagi memperingati ulang tahun ke-10 Piagam Komanwel dengan mengangkat tema MADANI: Maju, Terampil dan Terangkum pada 16 Mac 2023 lalu.

Hadir bersama dalam majlis ini adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif CPA Malaysia, YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang dan Setiausaha Dewan Negara, Encik Muhd Sujairi Abdullah serta Encik Robert Gass, UNICEF Representative di Malaysia dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi Negara Anggota Komanwel.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Foto: Ahmad Aiman | Teks: Fitrinie | Nurin

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
21 Mac

Kemaskini terakhir pada: 24 Mac 2023 | Hits: 1834

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my