PARLIMEN MALAYSIA: 17 Januari 2022 (Isnin) – Parlimen Malaysia telah menjalankan Ujian Saringan COVID-19 secara RT PCR (Swab Test) kepada warga Parlimen, ahli-ahli Parlimen, kontraktor dan pegawai-pegawai Kementerian yang bertugas sempena Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 20 Januari 2022. Ujian saringan ini bertempat di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Parlimen Malaysia amat mementingkan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP). Pelaksanaan Persidangan Parlimen (Pelan Pemulihan Negara - Fasa 4) sebagai langkah keselamatan dan usaha mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1355&time=2
Kemaskini terakhir pada: 15 Jun 2022 | Hits: 1990