LAWATAN RASMI TYT PROF. DR. MUSTAFA SENTOP, SPEAKER OF THE GRAND NATIONAL ASSEMBLY OF TURKIYE KE MALAYSIA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 4 Oktober 2022 (Selasa) – Liputan bergambar YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menerima kunjungan hormat oleh TYT Prof. Dr. Mustafa Sentop, Speaker Parlimen Turkiye di Parlimen Malaysia hari ini sempena lawatan rasmi beliau dan delegasi ke Malaysia dari 3 hingga 5 Oktober 2022.

Pada pertemuan ini, YB Tan Sri Azhar Azizan Harun bersama-sama TYT Prof. Dr. Mustafa Sentop bersama delegasi telah mengadakan perbincangan bagi usaha dalam meningkatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara serta timbal balas atas jemputan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Seterusnya, TYT Prof. Dr. Mustafa Sentop bersama delegasi menyaksikan sidang Dewan Rakyat yang dipengerusikan YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang telah mengalu-alukan kehadiran beliau serta berharap ianya dapat mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malayisa dan Turkiye.

Hadir bersama YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Ahli Parlimen Cameron Highlands), YB Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen Kuala Nerus), YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun (Ahli Parlimen Beaufort), YB Puan Vivian Wong Shir Yee (Ahli Parlimen Sandakan), YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Ahli Parlimen Hulu Rajang), YB Puan Kasthuriraani a/p Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan), YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan Pegawai-Pegawai Kanan Parlimen Malaysia.

Kemudiannya, TYT Prof. Dr. Mustafa Sentop bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara di Bilik Kunjungan Hormat, Aras 1, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Turut hadir bersama dalam pertemuan ini ialah YB Senator Datuk Razali bin Idris, YB Senator Tuan Haji Aziz bin Ariffin, YB Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen Kuala Nerus) serta YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Julie

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 6 Oktober 2022 | Hits: 2073

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my