SOPIAH ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3

PARLIMEN MALAYSIA, 17 Julai – YB Senator Puan Sopiah Sharif, Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi tempoh tiga tahun.

 
YB Senator Puan Sopiah Sharif menandatangani sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
 
Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.
 
YB Senator Puan Sopiah Sharif, 60, berasal dari Sungai Bakau, Pulau Pinang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
 
Sementara itu, YB Senator Puan Sopiah Sharif dalam satu temubual berkata, beliau berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dengan membawa isu-isu yang menjadi kemelut masyarakat di Pulau Pinang seperti masalah pemilikan rumah terutama bagi golongan muda.


Galeri bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=939&cod=gallery

Kemaskini terakhir pada: 20 Julai 2017 | Hits: 6493

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my