TIGA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Dari kiri : YB Senator Dr. Nuing Jeluing, YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato` Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah dan YB Senator Datuk Lim Pay Hen bergambar bersama selepas Upacara Mengangakat Sumpah di Dewan Negara
 
 

PARLIMEN MALAYSIA, 11 Disember – YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato` Seri Dr Ibrahim Shah bin Abu Shah, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Malaysia hari ini mengetuai upacara mengangkat sumpah bagi tiga Senator di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
 

Upacara mengangkat sumpah ini diteruskan dengan pelantikan baharu YB Senator Dr. Nuing Jeluing yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan YB Senator Datuk Lim Pay Hen dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
 

YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato` Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah mengangkat sumpah kali kedua sebagai Senator di Dewan Negara
 

YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato` Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah sekali lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Senator untuk penggal kedua dalam tempoh tiga tahun bermula 11 Disember 2017 hingga 10 Disember 2020.
 

Beliau mula aktif dalam bidang politik sejak tahun 2006 dengan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia dan seterusnya dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Tertinggi UMNO Malaysia pada tahun 2013 sehingga kini.
 


YB Senator Dr. Nuing Jeluing mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara
 

YB Senator Dr. Nuing Jeluing, 65 dilantik menjadi Senator Dewan Negara bagi menggantikan Datuk Lihan Jok untuk penggal pertama bermula 11 Disember 2017 hingga 10 Disember 2020.
 

Beliau merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sosial dan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah :

  • Ahli Lembaga Pengarah Dayak Cultural Foundation (DCF) – 2011
  • Ahli Lembaga Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) – 2014 hingga kini
  • Penasihat kepada Dayak Association Miri (DAM) – 2002 hingga 2004
 

  YB Senator Datuk Lim Pay Hen mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara

 

YB Senator Datuk Lim Pay Hen, 60 dilantik menjadi Senator Dewan Negara untuk penggal pertama bermula 4 Disember 2017 hingga 3 Disember 2020.
 

Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah :

  • Pengerusi Bahagian Pagoh merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor – 2013
  • Timbalan Pengerusi Pemuda MCA Ledang
  • Naib Pengerusi Pemuda MCA Johor
  • Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia - 2009
 

Kemaskini Terakhir pada: 21 Disember 2017 | Hits: 3478

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my