UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA 19 JULAI 2021
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA: 19 Julai 2020 (ISNIN) — Empat orang ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Antara ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, 44, yang juga merangkap Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk John Ambrose, 69, beliau kini merupakan Ketua UMNO Bahagian Penampang, YB Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee, 74, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan akhir sekali YB Senator Datuk Bobbey Ahfang Bin Suan, 57, beliau merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri N.38 Nabawan.

Tiga orang ahli ini adalah merupakan lantikan semula, manakala seorang lagi iaitu YB Senator Datuk Bobbey Ahfang Bin Suan merupakan lantikan baharu yang dipilih kali pertama oleh DUN Sabah berkuatkuasa mulai 5 Januari 2021 hingga 4 Januari 2024 -- BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1338&time=1


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2129

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my