VIGNESWARAN DILANTIK SEMULA YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 23 Jun – YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Naib Presiden MIC hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dan dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara untuk penggal kedua bagi tempoh tiga tahun.
 
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara.
 
Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara.
 
YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan cadangan nama YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran semasa mesyuarat khas di sini dan disokong oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan.
 
Tiada cadangan nama lain dikemukakan dan anggota Dewan Negara sebulat suara menyokong cadangan berkenaan.
 
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, 52, yang juga Ketua MIC Bahagian Klang, sebelum ini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 23 Jun 2014 dan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-17 pada 26 April tahun lepas.
 
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Staffordshire, England dan pemegang Sijil Amalan Guaman, Universiti Malaya (UM).
 
Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia itu juga pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Raja, Selangor dari Mac 2004 sehingga Mac 2008 dan menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh berkenaan.


Galeri Bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=931&cod=gallery

Kemaskini Terakhir pada: 6 Julai 2017 | Hits: 3996

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my