YAYASAN KARATE-DO GI TOKU-KAI MALAYSIA KUNJUNGI TYPDN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Ogos – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (TYPDN), YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad hari ini menerima kunjungan hormat daripada rombongan Yayasan Karate-Do Gi Toku-Kai Malaysia seramai 33 orang bermula jam 10 pagi. 
 

Atlet karate Jepun bersalaman dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad pada kunjungan hormat tersebut.

Ahli rombongan berkenaan terdiri daripada pemegang amanah Yayasan Karate-Do Gi Toku-Kai Malaysia dan atlet-atlet karate Jepun dan Malaysia yang menghadiri program “International Friendship Karate-Do Seminar” anjuran yayasan tersebut. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memahami sistem penggubalan undang-undang negara dan menghayati kejayaan Malaysia dalam menjaga keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama.
 

Wakil daripada Yayasan Karate-Do Gi Toku-Kai Malaysia menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abd. Halim Abdul Samad. Turut kelihatan, Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman.

Ahli rombongan terlebih dahulu dibawa ke Bilik Taklimat Bangunan Sementara untuk diberikan taklimat berkenaan Parlimen Malaysia oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman. Mereka kemudiannya diraikan dalam majlis makan tengah hari bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di Bilik Jamuan Bangunan Sementara. 
 

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad bergambar kenangan bersama ahli rombongan Yayasan Karate-Do Gi Toku-Kai Malaysia. Hadir sama, Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Negara, Encik Riduan Rahmat dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman.

Di akhir kunjungan, ahli rombongan dibawa melawat ke Dewan Persidangan Parlimen Malaysia. Kunjungan hormat tamat kira-kira jam 1 petang.

Kemaskini terakhir pada: 18 Ogos 2016 | Hits: 8814

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my