YB SENATOR DATUK SERI HAJI ABDUL HALIM MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA & TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3

 

YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abd. Samad mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.


PARLIMEN MALAYSIA, 3 November – Ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abd. Samad, hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua dan dilantik semula sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.


Upacara mengangkat sumpah sempena pelantikan semula itu berlangsung di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.
 

YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim, 77 sebelum ini pernah berkhidmat sebagai guru sekolah dan pernah menjadi Setiausaha Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, seterusnya memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa bermula tahun 2004 hingga 2013.
 

Sewaktu upacara mengangkat sumpah ini berlansung, Dewan Negara turut meluangkan satu minit bertafakur bagi mendoakan dan mengingati bekas Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat pada 11 September lalu.


YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara menyerahkan sejambak bunga kepada YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara selepas upacara mengangkat sumpah di Dewan Negara.

 

Upacara Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dan Mesyuarat Khas mengenai Pemilihan YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abd. Samad sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah berlangsung seperti berikut :
 

📆 3 November 2017 (Jumaat)

⌚ 10.00 pagi

📍 Dewan Negara, Blok Utama


Kemaskini terakhir pada: 20 November 2017 | Hits: 13576

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my